Monday 1 August 2011

Kelebihan Solat Tarawih :D

Assalamualaikum ~
alhamdulillah ~ ari ni kite da stat puase , semoga amalan kite pada hari pertama puasa akn diterima oleh Allah dan amalan kita pada ari seterusnya smpilah last puasa . :))
tp amalan kite xkn cukop kalu kite x penuhkn dgn melakukan Solat Tarawih ~ di sini sy nk citer psl kelebihan solat Tarawih .

harap2 korg bce n amalkn yer :))



Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH TARAWIH :D

Sunday 31 July 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum ~ 
sedar x sedar bulan ramadhan da pon tiba ..
perghh ~ cepat tol mase berlalu .. 
insyaallah pada 1 OGOS 2011 kite semua sebagai umat islam akn 
mengerjakan ibadah puasa yg merupakan rukun islam yg ke 4~ :)
kwn2 nk tau x , ape kelebihan yg ad dlm bulan Ramadhan ? 
Antara kelebihan bulan ramadhan ialah : 
  1. Bulan keampunan yg penuh berkat utk hamba2Nya yg tidak pernah lari drpd kesilapan dan dosa.
  2. Diturunkn satu mlm yg istimewa iaitu malam LAILATUL QADAR dimana merupakan malam yg lebih baik drpd 1000 bulan .Digandakan pahala amalan pd malam tersebut.
  3. Diturunkan petunjuk bg manusia iaitu Al-Quran pd bulan Ramadhan .Oleh itu , kita digalakkan utk memperbykkn serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan .
  4. Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  5. Syaitan tdk dapat menghasut manusia pd bulan Ramadhan . Namun jika masih ad kejahatan dilakukan ia berpunca dr nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan pada Ilahi di bulan Ramadhan ini.
  6. Kegembiraan org yg berpuasa dgn ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya drpd melakukan kejahatan.


itulah antara kelebihan yg ad dlm bulan ramadhan . Yang baik dtgnya drpd Allah , yg buruk dtgnya drpd diri sendiri .. renung2kn dan selamat beramal ~ 

Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan 
~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK~

Wednesday 6 July 2011

tips nk hilangkan perut buncit~ keh3~ :P

assalamualaikum~ he3~ 
disini ad tips2 utk kasi perut buncit korg ilang ~ spe2 yg rsenye ad mslh mcm ni ,,jgn segan2la nk bce yer..+

1. makan dalam keadaan tenang dan sila kunyah makanan dahulu sebelum ditelan,supaya senang untuk dihadam.
2. jangan tidur atau baring selepas makan sekurang-kurangnya selama setengah jam selepas kita makan,sebab ini akan bantu kurangkan pengumpulan lemak di perut dan senangkan lagi penghadaman kita!
3. amalkan makan dalam postur tubuh yang betul kerana ini dapat menguatkan otot perut.
4. jangan tidur terlalu lama atau terlalu sedikit.tidurlah secukupnya,kerana tidur yang cukup akan mengelakkan dari terhasilnya hormon kortisol yang berlebihan yang boleh meransang penyimpanan lemak di pinggang dan perut.
5.banyakkan makan makanan yang berserat kerana makanan yang berserat akan membuatkan kita rasa lebih kenyag.
6.makan yogurt dan minuman yogurt kerana ini dapat membantu proses penghadaman kita.
7.kurangkan makanan ringan yang berlemak dan bergula serta kurang nutriennya.
8.tukarkan susu lemak penuh kepada yang kurang lemak dan pastikan bahan makanan dimasak dengan betul.
9. selalu lakukan aktiviti senaman dan yang paling berkesan adalah dengan melakukan sit up.

semoga tips ni dpt tlg korg ilang kn mslh pert buncit korg yer.. :)) 
thnx sbb bce ..(~‾‾)~